BULETIN 2007

Gotong-royong telah diadakan pada hari sabtu 30 Jun 2007


Anda pengunjung ke:

Site Counter

SEJARAH SMK SEKSYEN 7

Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 7 telah mula beroperasi pada tanggal 1 haribulan November 2002

bersempena dengan lokasinya yang terletak di Seksyen 7, Shah Alam. Ianya merupakan sebuah sekolah yang masih

baru didirikan dan bertapak di Jalan Platinum 7/37,Shah Alam dan telah memulakan sesi persekolahannya pada

6 Januari 2003. Pada peringkat awal penubuhannya hanya seramai 23 orang guru yang bertugas.Disamping itu

diawal penubuhannya sekolah ini telah malahirkan pelajar cemerlang di peringkat SPM iaitu KAAMESH KAMALAHARAN

A/L GANESAN dengan pencapaian 10A1 1A2 1C6. Kini, genaplah sudah 4 tahun sekolah ini berdiri megah.Dengan

lahirnya para pelajar yang komitmen dengan tugas dan bertanggungjawab, Sekolah Menengah Kebangsaan

Seksyen 7 akan terus maju dan berdaya saing setanding dengan sekolah harapan negara yang lain ke arah

kecemerlangan dan mencapai matlamat negara ke arah wawasan 2020. Majulah SMK Seksyen 7 !!