BULETIN 2007

Gotong-royong telah diadakan pada hari sabtu 30 Jun 2007

 

 

 

PIAGAM PELANGGAN

Kami warga Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 7 Shah Alam dengan penuh tekad, iltizam, berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh usaha dan tenaga kami untuk:-

 

  • Membangunkan potensi yang ada pada diri setiap pelajar dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek secara seimbang selaras dengan Falsafah Pendiidkan Negara.

  • Memberi layanan mesra dan berhemah serta sanggup menerima pendapat, cadangan, syor dan teguran membina daripada semua pihak bagi mempertingkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan akademik.

  • Memberi layanan kasih sayang samarata antara pelajar dengan mengamalkan slogan "Muridku Anakku Sayang".

  • Membentuk iklim sekolah yang kondusif dan selamat untuk pengajaran dan pembelajaran serta mengamalkan konsep "Sekolahku, Rumahku".

  • Berganding bahu antara warga pendidik dan staf sekolah supaya lebih komited, berdedikasi, berdisiplin, prihatin, kreatif dan produktif serta memberi perkhimatan yang cekap dan berkesan sepanjang masa.

  • Menjadikan SMK Seksyen 7 sebagai salah sebuah sekolah yang diiktiraf oleh masyarakat.